Bismillahirrahmanir-rahim
Alhamdulillah,1 Zulhijjah kembali lagi.Kalau tak silap 18hb adalah tarikh akhir penerbangan bakal haji Malaysia berlepas ke Mekah bagi melaksanakan rukun islam ke-5 ini.Ho,dan Mak Uteh pun ada dalam penerbangan ni.Beruntung mereka dapat menjadi tetamu Allah bagi musim haji kali ini.Mudah-mudahan giliran saya pula selepas ini,Insya Allah.Hope they all include the Muslim around the globe will be rewarded by Allah hajj mabrur,Insya Allah
oh,I got an e-mail and just want to share with all yous.
Sunnah-sunnah di bulan Zulhijjah
1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah
"Adalah RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam berpuasa pada 9 Dzulhijjah, hari `Asyurâ`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR AbÅ« Dâwud dan an-Nasâ`î, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).
3) Menyembelih Korban
"Maka sholâtlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah. " (QS al- Kautsar : 2)
"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholât kami." (Shahîh Ibnu Mâjah (no. 2532).
4) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah
Dari Abî Sa'îd al-Khudrî radhiyallâhu `anhu beliau berkata :RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam keluar pada hari Adhhâ atau Fithri ke mushollâ (tanah lapang)…" (HR al-Bukhârî).
6) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas'ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :
Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian. "
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
7) Mereka yang mahu melakukan korban, sunnah tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam baginda bersabda.
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).
Insya Allah, marilah kita bersama2 melakukan amalan yang baik di bulan Islam.
No comments:
Post a Comment