Sunday, April 21, 2013

make Istighfar


buat mcq- belek2 buku- pening kepala- jwab soalan mcq- hafal hafal- coffee indo perisa mint- chat dgn gp study- mcq- sakit kepala- mcq- salin jawapan- .....
Like ·  · Unfollow Post · 17 April at 00:12 near Kubang Kerian
  • Seen by 9
  • Maryam Jamilah Istighfarlah.

    Ada satu peristiwa yang berlaku pada diri Hasan al-Basri seperti diceritakan Imam Qurturbi.

    Dia menceritakan: “Seseorang telah mengadu mengenai kebuluran kepada Hasan al-Basri. Lalu apa kata Hasan al-Basri? Katanya: “Beristighfarlah mem
    ohon keampunan kepada Allah.” Demikian ringkas dan padat sahaja tip yang diberikan Hasan al-Basri kepada pengadu terbabit.

    Suatu ketika yang lain, Hasan didatangi seorang yang mengadu keadaan kemiskinannya. Sama seperti peristiwa pertama tadi, kali ini Hasan al-Basri juga mengatakan: “Beristighfarlah memohon keampunan kepada Allah.”

    Kemudian datang pula seorang lain dan berkata: “Doakanlah kepada Allah agar Dia mengurniakan anak kepadaku.” Seperti tadi juga, Hasan al-Basri meminta orang itu membaca istighfar sebagai jalan penyelesaiannya.

    Mengetahui perkara itu, sahabatnya bertanya: “Ramai yang datang mengadu hal kepadamu, namun kamu hanya menyuruh mereka beristighfar?”Dengan tenang Hasan menjawab: “Sama sekali aku tidak akan memberikan penyelesaian berdasarkan fikiranku sendiri. Tetapi sesungguhnya Allah pernah menegaskan dalam surah Nuh (ayat 10 hingga 12, maksudnya): “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Mohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberimu harta serta anak-pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai.” Jadi, daripada kisah itu menjelaskan kepada kita amalan membaca istighfar akan membuka ruang kepada setiap Mukmin dalam usaha menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Malah, ia menunjukkan bacaan istighfar bukan semata-mata untuk keampunan daripada Allah, tetapi juga satu jalan buat Mukmin memohon pertolongan-Nya.

No comments: